Wednesday, November 22, 2017

Penang Part V | #BFF Penang

Hahahaha...

Tiba-tiba berhashtag pula.

Hashtag ini diberikan oleh BFF Sumie dalam group MJ's yang cemburukan percutian kami.

#BFFPenang.

Ok, malam ini kami mahu menyantuni sahabat lama kami. Hampir 21 tahun ok kami tidak berjumpa.

Ana datang ke hotel kami jam 7.30 malam. Beliau ditemani dengan anaknya Khalish.

Cuaca masih hujan lebat.

Ana membawa kami Padang Kota Lama untuk menikmati kerang bakar, sotong bakar dan sotong kangkung. Harganya pun "boleh tahan" juga. Huhuhu

Kak Ida membeli semangkuk laksa.

Bayangkan dalam masa beberapa jam, semua cerita hendak diceritakan.

... dari zaman persekolahan, anak-anak, perkembangan terkini.

Satu bab ke satu bab.

Allahu, mengimbas satu-satu kenangan antara kami berempat.

Sebenarnya, kami menunggu Nasi Kandar Beratur yang dibuka jam 10.00 malam. Hahaha.







Tuesday, November 21, 2017

Penang Part IV | Lebuh Chulia

Semasa minum petang, cuaca hujan turun agak lebat membasahi bumi Penang. Bila hujan agak reda, kami teruskan perjalanan balik ke hotel dan kami ternampak mini street art berdekatan dengan Grand Swiss Hotel di Jalan Lebuh Chulia.

Wau, memang kami tidak lepaskan peluang untuk bergambar sebagai kenang-kenangan.














Bab bergambar memang masing-masing tidak mahu mengalah. Hihi

Ok, jom teruskan perjalanan balik ke hotel.

Malam ini Kak Ida mahu menyatuni rakan sekolah yang sudah lama tidak berjumpa.

Hampir 21 tahun!

Nantikan post terbaru Kak Ida ya. :)

Penang Part III | Evening Walk

Selepas melepaskan lelah di bilik hotel, kami membuat keputusan untuk berjalan-jalan disekitar hotel.

Kami melalui jalan Lovely Lane.




Ikut perancangan asal, kami hendak minum di Selfie Coffee, tetapi kami lebih tertarik dengan kedai Coffee45 yang terletak di Love Lane, Georgetown.

Sebelum itu, kami ternampak Museum Camera. Malangnya muzium ini telah berpindah.

Untuk tidak mahu rasa kecewa, kami bergambar juga di hadapan muzium itu. Jadilah, sebagai kenang-kenangan. Hahaha







Kami berjalan kaki berpandukan Google Maps dan kami membuat keputusan untuk melepak sambil minum petang.

Memang tidak menyesal!







Antara menu pilihan kami adalah walnut brownies, club sandwich.

Oh ya, free one scoop icecream for dine dessert.

Istimewanya cafe ini, kedai ini menghidangkan air dengan menggunakan bekas lensa kamera yang tidak digunakan.

Sangat kreatif!

Ok, cukup dulu catatan Kak Ida untuk entry kali ini. Bersambung.

Penang Part II | Nasi Tujuh Benua

Sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Penang, tempat pertama yang kami ingin tuju adalah Nasi Tujuh Benua.



Ada tujuh nasi dalam satu hidangan iaitu nasi putih, nasi tomato, nasi lamuni, nasi lemak pandan, nasi minyak, nasi hujan panas dan nasi kacang.


Lauk pula bergantung dengan pilihan kegemaran. Kak Ida memilih sambal sotong dan sedikit kuah kari.


Harganya pun berpatutan. 

Penang Part I | Here We Come

Tiba juga masanya ke Penang.

Trip BFF's tanpa dirancang. Hahaha.

Mengikut jadual, Kak Ida menumpang Susi ke Senai Airport. 

Ya Allah, mujur tidak terlepas flight ke Kuala Lumpur bila ittenarry menunjukkan pukul 7.15 pagi. Kami perasan ketika hendak self check-in. Berderau darah pagi-pagi.

Rupa-rupanya flight kami jam 6.00 pagi! Tengok jam ditangan jam 5.30 petang.

Sudah!

Mujur sempat check-in di kaunter cuma kena tambah bayaran lewat sebanyak RM 21.20. Halal ajelah.

Ok, FINAL CALL rupa-rupanya bila kami berdua sampai di pintu Gate 4!


Masuk ke perut kapal terbang, apa lagi, selfie!


Sampai di KLIA2 jam 6.55 pagi. Singgah surau dan cari stall untuk mengalas perut. Kemudian, kami menunggu BFF Intan pula.











Alhamdulillah, kami sampai Penang jam 11.30 pagi.

Ok, bersambung!


Sunday, November 19, 2017

Part VIII | Malay Cultural Village - Wayang Kulit

Aktiviti kami seterusnya adalah bermain wayang kulit.

Baru Kak Ida tahu, disebalik tabir wayang kulit hanyalah SEORANG. Dialah yang bercerita, dialah yang menggerakkan wayang kulit tersebut. Memang mengkagumkan.

Kemudian, anak-anak diberi kesempatan untuk mencuba bermain dengan wayang kulit tersebut.












Seterusnya kami melawat ke Crystal Gallery. 

Disini, mengambil gambar tidak dibenarkan. Tetapi, Kak Ida berpeluang merasa minum air menggunakan cawan dari pewter.

Sedapnya bak hang... Hihihi

Kemudian, lawatan diakhiri dengan melawat kedai cenderamata.

Kak Ida tidak berkesempatan untuk potluck bersama ibu-ibu yang lain kerana Ammar sudah meragam.

Jadi, terima kasih kepada Atie kerana memberi peluang pada Kak Ida untuk merasai pengalaman ini.

Terima kasih juga kepada ibu-ibu yang lain. Sama-sama melihat anak antara satu sama lain.

Insya-Allah, kita berjumpa di program akan datang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...