Monday, September 18, 2017

One more step closer Ammar

Assalammualaikum,

Semalam Kak Ida ada check-up ENT.

Setelah tiga kali bertukar tarikh. Dari 11/9 ke 17/9 akhirnya 18/9. Bukan senang ok.

Berpagian-pagian Kak Ida terpacak di Klinik Pakar HSA. Maksud berpagi-pagian adalah bila kaunter pendaftaran masih belum dibuka. ... dan semakin pelik, bila mana Kak Ida terasa sudah awal, tetapi ada orang lebih awal dari itu. Mereka keluar selepas Subuh agaknya. Hahaha.

Gigih menanti nombor giliran dipanggil, Kak Ida perlu menunggu ni Bilik 6 untuk sesi endoscope. Pheww, walaupun sudah tiga kali menjalani proses ini, seriau dihati tetap ada. Huhuhu.


Membelek jam di telefon, jam sudah menunjukkan jam 9.30 pagi. Alamak, terapi Ammar jam 11.00 pagi di Hospital Permai. Doktor pula sibuk dengan kes rawatan yang lebih teruk.

Teringat untuk zikir Ya Wahab (permudahkan). Pukul 10.00 lebih, baru nombor dipanggil ke bilik doktor. Kak Ida maklumkan, sesi terpaksa dipendekkan kerana perlu berkejar terapi Ammar. Mujur Dr. Gan memahami. "Ida, you ambil ubat esok. Hari ini memang tidak sempat".

Tidak terhitung berapa kali mulut Kak Ida mengucapkan terima kasih.

Bergegas ke kereta (mujur kereta tidak diblock), Kak Ida terus memecut ke rumah pengasuh. Ambil Ammar terus bergerak ke Hospital Permai. Alhamdulillah, mujur sempat sampai. Tarik nafas panjang Kak Ida.

Sementara menunggu guru terapi Ammar, Kak Ida menarik nafas dan sempat berswafoto dengan Ammar. (hantar punch card dengan si dia)


Bila terkejar-kejar... (... dan Kak Ida sangat tidak suka orang menunggu Kak Ida).

Setelah serahkan Ammar pada guru terapi, Kak Ida bergegas mendapatkan tarikh temujanji Ammar untuk berjumpa doktor perkembangan kanak-kanak.

Kak Ida diterangkan dengan beberapa proses untuk mengisi Borang Maklumat Pesakit berkaitan temujanji Ammar akan datang dan dokumen-dokumen yang perlu dibawa sekali.


Ok, selesai.

Baru terasa perut berkeroncong lapar. (Ya, belum sempat bersarapan dari tadi).

Kak Ida singgah D'Cafe Permai. Menikmati secawan teh tarik dan satu set roti bakar untuk mengalas perut, Kak Ida rasa ada ketenangan yang sukar diucapkan. Sempat juga membuat satu "hantaran" di facebook.


Alhamdulillah.

Sampai ke bilik terapi, ngam-ngam Ammar selesai membuat terapi. Berkesempatan menyatuni guru terapi, banyak perkara yang Kak Ida kongsikan dengan beliau.

Insya-Allah. Kak Ida tidak akan berputus asa untuk memberi yang terbaik pada anak.

Oh ya, Kak Ida akan kongsikan bagaimana cara untuk menghadapi anak yang tantrum. Tunggukan posting terbaru Kak Ida ya.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my