Sunday, September 3, 2017

PETRONAS Street Mart

Assalammualaikum

Seawal jam 10.30 pagi Kak Ida sudah keluar dari rumah.

Rezeki untuk COD IVKids di Petronas UTM. Alhamdulillah.

Kemudian, si dia terus membawa kami ke Nusajaya.

Ikutkan perancangan hendak ke PETRONAS Street Mart di Puteri Harbour. Kak Ida terperasankan banner di Hospital Permai semenjak bulan April. Huhuhu

Sudah lama merancang, tetapi seringkali bertindih dengan jadual-jadual yang lain. Selain itu, Kak Ida dan si dia perlu melihat kesediaan anak-anak. Tidak sesuai untuk sesi menerjah.

Masuk pula adalah PERCUMA.

Banyak interaktif tentang keselamatan jalanraya di sini.

Antaranya keselamatan penjalan kaki, penunggang motorsikal, keselamatan kanak-kanak dijalanraya, keselamatan kenderaan dan lain-lain lagi.

Kebetulan ketika Kak Ida datang, agak lengang. Jadi, anak-anak boleh bermain dalam tempoh agak lama kerana tidak perlu berebut-rebut.

Kebanyakan aktiviti dan program dari PETRONAS memang tidak menghampakan. Ini merupakan program kedua selepas Karnival Matematik yang diadakan di Perpustakaan Awam Johor Bahru.

Cuma, hari ini tiada aktiviti sampingan. Mungkin kerana kekurangan staf kerana cuti yang panjang.

Jom tengok apa yang ada di PETRONAS Street Mart.
















Masih berbaki beberapa hari lagi sebelum sesi penjelajahan ini tamat pada hujung bulan ini.

Jangan lepaskan peluang ya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...