Wednesday, September 13, 2017

Yeay, Ammar mahu makan...

Yeay, Ammar mahu makan...

Dari tengahari merancang menu untuk makan malam and yes, menu utama adalah IKAN.

Tekak tidak mampu lagi menelan ayam, ayam, ayam... (oh bukan tidak bersyukur, hanya mahu menukar menu).

Singgah di kedai Acheh, hujan renyai. Kebetulan Adilah pula tidur lena. Jadi, si dia yang turun. Sempat ambil gambar si dia memilih tempe. (suami yang macho adalah suami yang pandai memilih ikan. Hahaha)

Asalnya mahukan ikan mata besar, tetapi nan ado.

Yang ada ikan selar... err... Kak Ida ingatkan ikan selar yang comel-comel. Berkira-kira, seorang dua ekor. Kak Ida minta si dia belikan 10 ekor. Rupa-rupanya, ikan selar hijau. Sebesar tapak tangan. Terdiam juga. Hihi

Harganya? RM 16! Mmm... Bertabah sahaja.

Kak Ida memesan juga sayur kacang botol dan tempe.

Sampai dirumah, terus menyinsing lengan menyiang ikan.

Si dia tanakkan nasi dan juga goreng tempe dahulu (untuk kudapan sambil memasak).

Jadi, menu malam tadi, ikan selar goreng, tumis kacang  botol dan juga tempe. Alhamdulillah.

Kak Ida makan dahulu. Kemudian, Kak Ida cuba mengajak Ammar dan Aina untuk makan.

Aina macam biasa, dua kali suap terus berhenti.

Alhamdulillah, bila Kak Ida lihat Ammar buka mulut untuk kali kedua, Kak Ida sudah terasa Kak Ida adalah cef yang terhebat di dunia. Hahahaha

Nasi ditambah kali kedua, ketiga...

Kak Ida maklumkan pada si dia supaya tinggalkan sedikit nasi untuk Adilah yang sedang tidur.

"Ammar, nasi habis ya..."

Oh ya, Ammar tidak akan menyahut atau membalas semula kata-kata Kak Ida. Cuma, Kak Ida treat Ammar seperti anak yang normal.

Bila Kak Ida bangun untuk letakkan pinggan ke sinki, Kak Ida tengok Ammar berlari ke meja makan. Ammar bukakan periuk dan letakkan nasi ke pinggan Kak Ida. Suap kembali sehingga Ammar berpuas hati nasi memang habis dalam periuk. Sampai ke kerak nasi pun dia korek.

Ya Allah, berselera betul makannya. Akhirnya, baki nasi untuk Adilah tiada.

Bisik dalam hati, "Kalau Adilah lapar, Kak Ida masakkan jemput-jemput aje untuk supper".

Betul kata mama, bila tengok anak makan berselera hasil tangan kita, memang seronok.

Tiba-tiba, (menu apa eh malam ni?) Mak-mak sangat... (sambil mata angkat ke atas).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...