Friday, December 1, 2017

Sesi Akad 2018

Pagi ini Kak Ida menyantuni Sesi Akad 2018.

Sesi Akad ini merupakan sesi pendaftaran anak-anak Kak Ida ke tadika bagi sesi 2018.

Ammar 4 tahun.
Aina 6 tahun.

Ada sesi penerangan tentang peraturan tadika, fitting baju, pembayaran name tag, sesi perkongsian dengan Teacher Gee dan lain-lain lagi.


Kejang tangan menulis borang pendaftaran. Haaa... pada bakal ibu baru, berfikir-fikirlah jika hendak letakkan 3 4 patah perkataan untuk nama anak (tidak termasuk nama ayah). Hihi

Ketika inilah menyesal kenapa tidak letak satu patah perkataan sahaja nama anak. Kah!


Sambil menunggu giliran untuk berjumpa dengan Teacher Gee, anak-anak dapat menonton movie di sudut ruang menunggu.

Alhamdulillah, Sesi Akad 2018 telah selesai. Akad pun telah diterima. Terima kasih atas cenderahati yang diberikan berupa sekilo gula dan buku bertajuk, "Ummi, Muhammad MAHU SOLAT" yang ditulis oleh salah seorang pengasas Dzul Iman, Cik Puan Badariah Ismail.


Tahun 2018 yang lebih gemilang. Insya Allah.

Nantikan next entry Kak Ida ya.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my